Delete tapi tak delete

Pada masa ini samada ada seseorang itu orang biasa atau pakar IT atau sesiapa saja, mereka ini tidak boleh dipisahkan dari perkara yang berkaitan dengan dunia digital.. Ini kerana barangan atau alat digital hampir setiap masa berada bersama mereka. Sebagai cth handphone, kamera , komputer dan sebagainya.

Pada artikel ini saya ingin mengingatkan kepada semua pembaca bahaya atau padah sekiranya kita tidak berhati-hati mengunakan peralatan digital terutama yang berkaitan dengan handphone, digital camera atau komputer peribadi.

Jika kita sebut peralatan di atas mahu tak mahu kita tidak boleh pisahkan salah satu komponen yang amat penting iaitu storage atau storan. Jika untuk handphone atau digital camera, kad memori digunakan untuk menyimpan photo, audio dan sebagainya. Dan untuk komputer hardisk adalah storan paling utama untuk menyimapan data, software dan sebagainya tanpa storan ini peralatan di atas hampir tidak berguna.

Sekiranyanya kita mengunakan peralatan-peralatan ini, kita sudah tentu sering kali menyimpan data cth foto, audio dan sebagai..sebaliknya kita juga akan memadam fail-fail digital ini sekiranya ianya tidak diperlukan lagi atau untuk memberi ruang kepada fail-fail.. persoalannya adakah fail-fail ini benar benar terpadam? Adakah kemungkinan fail-fail ini diakses semula oleh kita atau orang lain…

Baru-baru ini adik saya telah membeli sebuah handphone 2nd hand dari kawan beliau..Adik saya kebeltulan berada di rumah saya bertanya kepada saya adakah boleh retrieve semula beberapa photo yang secara tak sengaja terpadam.. Saya jawap bergantung kepada cara mana dia delete.. kalau photo tersebut di delete secara biasa melalui handphone, kemungkinan besar boleh di akses semula dengan menggunakan perisian yang khas untuk retrieve balik fail-fail digital. Software ini boleh di download secara percuma dan yang lebih berkesan menggunakan software dari company yang memang khusus dalam digital storage..

Jadi apa yang saya buat masukkan memori kad kedalam card reader dan terus scan menggunakan software yang digunakan untuk akses semula fail yang telah di delete.. Oleh kerana saya menggunakan full scan ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk memori card sebesar 8 gig..dan hasilnya alhamdulilhah photo yang terdelete tadi dapat diakses semula.

Tapi bukan setakat photo yang telah di delete oleh adik saya saja, malahan terdapat begitu banyak photo dan videoyang dirakam oleh pemilik sebelumnya dapat diakses semula. Cuma apa yang saya dapat tak ada photo atau video yang kurang molek atau sebagainya..cuma photo dan video biasa.

Apa yang terfikir oleh saya..inilah salah satu punca bagaimana foto atau video yang kurang molek mudah tersebar di internet. Bagi saya mereka yang melakukan aksi yang tidak molek ini sebenarnya tidak berniat untuk menyebarkan video atau foto tersebut.. kalau ada pun mungkin ada niat tertentu.. jadi bagaimana ini boleh berlaku.

Sebagai contoh situasi yang sama berlaku seperti adik saya membeli handphone atau digital kamera dari orang lain.. begitu juga sekiranya seseorang itu membeli laptop atau komputer dari orang lain. Pada fikiran pemilik asal mereka mendakwa semua file telah di delete. Situasi seterusnya kemungkinan pemilik handphone/digital camera/atau laptop meminjamkan peralatan ini kepada orang lain…masalahnya sekarang sekiranya si peminjam atau si pembeli adalah orang lebih mahir dalam IT dan tidak bersifat baik maka masa ini segala fail yang dikatakan telah padam dapat diakses semula.

Dalam situasi yang lain ramai pengguna handphone gemar menukar h/phone sedia ada ke handphone baru, jadi mereka trade-in h/phone lama dengan h/phone baru di kedai h/phone..masalahnya mereka tidak menanggalkan memori kad yang ada di dalam h/phone lama.. Sekiranya fail-fail tersebut sekadar fail biasa yang tidak menimbulkan sebarang implikasi..mungkin tidak mengapa..tapi bagaimana dengan fail-fail seperti photo atau video yang boleh memudaratkan sesorang.

Jadi nasihat saya

1. Sekiranya anda ingin menjual handphonedigital camera,  pastikan memori card tidak disertakan sekali.. kalau pembeli ingin memori kad tambahkan harga handphonedigital tersebut untuk membeli kad yang baru.
2. Jangan sewenangnya meminjamkan handphone atau digital kamera atau laptop/pc kepada orang lain…kita tidak tahu mungkin mereka ini mahir dalam selok belok mengakses semula fail-fail yang ada di dalam storan
3. Sekiranya anda terpaksa meminjamkan atau mejual peralatan digital ini beserta dengan memori kad..pastikan anda padam secara kekal segala memory di dalam memory card atau harddisk dengan menggunakan software yang khusus sebagai cth Ccleaner. Di dalam software ini ada satu fungsi untuk memadam secara kekal fail-fail yang ada di dalam sesuatu storage. Walaupun ia tidak menjanjikan 100 peratus berkesan tetapi ia adalah jalan terbaik dari hanya delete secara biasa.
4. Dan yang paling penting tak usahlah mengada-ngada merakam kan aksi terlampau di dalam h/phone atau digital kamera…anda mungkin seronak beraksi dan anda juga seronok menonton semula..tapi ingat kalau aksi ini dapat di tonton orang lain..baru tahu langit tinggi rendah..ingat sekiranya fail-fail aksi terlampau ini tersebar.. peluang untuk anda mengambilnya semula adalah kosong..

Kepada semua peralatan membantu kita dalam banyak hal tetapi kalau kita menyalah guna atau tidak tahu menggunakannya..kesan yang buruk akan menimpa kita.

Share

No related posts.

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Delete tapi tak delete”

  1. Misae-Nohara says:

    boleh beritahu apa nama software tu?kamera digital baru saja ‘kosong’ sebab dah didelete oleh anak2.. habis semua gambar yg dah disimpan bertahun2.. :(

  2. grapox says:

    cuba google
    recurva

Leave a Reply

Aperçu de site